Buscar

Ilhamku....Bab 1

“Ah!! Bosan la kalau setiap minggu macam ni je! Ko tak bosan ke?” ujar Misya. Aku  yang sedang kusyuk ‘study” terhenti seketika. “ Apa yang ko bosan sangat? Aku rasa biasa je.” Balas ku.

“Ah, ko lain la ulat buku..mana tahu bosan ke tak. Aku ni rasa nak pecah otak asyik “study” je. Dalam kehidupan harian kita kena la jugak bersosial Nad, tak semestinya memerap dalam bilik je.” Tambah Misya lagi dengan mimik muka meminta simpati.

“Betul jugak apa yang si Misya tu cakapkan. Sejak bergelar siswi di kampus, jarang sekali aku keluar ke bandar. Bukan tak teringin melawat tempat baru, tapi aku malas melihat ragam manusia di luar sana. Ah! Kehidupan di bandar plak tak sesuai dengan jiwaku walaupun aku sendiri menetap di bandar, tak macam di kampung tenang aja, rindu plak aku dekat atuk dan nenek.” Ujarku sendirian di dalam hati.

“Oii! Ko berangan ke? Lama betul ko nak buat keputusan.” Sergah Misya mengejutkan ku. “Nak keluar ke tak?”. Sambung Misya lagi.

“Ok..Ok..nak keluar g mana?” Tanyaku kebuntuan.

“Kita g Jusco nak? Ada “sales” la harini. Lepas tu kita g makan, aku bawa ko makan tempat baik punya. “ Jawab Misya keriangan, seperti kanak-kanak baru mendapat ais krim.

“Ye lah, “I follow”. Jawab ku mengikut gaya “SY”, dj Sinar FM. “Apalagi cepat la bersiap, kang aku tarik balik keputusan aku nak?” ugut ku dengan niat mempermainkan Misya.

“Ah..ko ni main taktik kotor arr! Nak ugut aku plak.” Marah Misya.

Setelah sejam bersiap, aku dan Misya berjalan menuju ke “bus stop” berdekatan dengan kolej kediaman. 15 minit menunggu bas  kolej masih belum muncul. Hari minggu biasanya bas yang lalu di kolej kediaman agak berkurangan dari hari kuliah. Aku terpandang sebuah kereta satria neo  yang melintasi di hadapan kami. Kelihatan  seorang lelaki dan perempuan di dalam kereta itu yang menarik perhatianku. Tiba-tiba kereta itu berhenti dibahu  jalan dan perempuan itu keluar dengan tergesa-gesa.  Kelakuan perempuan dan lelaki itu menarik minat ku dan Misya yang rupanya juga sedang memerhati pasangan itu.

“Tak ada benda lain la tu, mesti bergaduh.” Bisik Misya kepadaku.

“Ish, ko ni..tak payah sibuk hal orang la.” Marahku kepada Misya. Misya hanya tersenyum mempamerkan lesung  pipit di sebelah kiri. Misya adalah orang pertama yang aku jumpa semasa pendaftaran pelajar baru dan kebetulan kami ditempatkan didalam bilik yang sama. Di sebabkan itu kami serasi berkawan walaupun berlainan khusus. Mataku sempat memerhatikan lelaki yang turun dari kereta mengejar perempuan tadi. 

“Macam aku pernah jumpa je mamat ni.” Tanyaku di dalam hati.

“Mana bas ni lambatnya, “time” kita nak naik, time ni la dia takde.” Rungut Misya mengejutkan aku.

“Sabarlah..kejap lagi sampai la bas tu. Ko gak yang beriya-iya ajak aku keluar tadi.” Jawabku.

Bas yang dinantikan telah tiba. “Drama” pasangan tadi bermain di fikiranku, bukan sebab perangai mereka tetapi lelaki itu. Aku seperti pernah melihatnya dahulu..”Ish, buat apa aku serabutkan kepala aku dengan pakwe orang ni?? Ah malas nak fikir.” Terus aku menumpukan perhatian pada pemandangan di luar bas. Setelah 15 minit perjalan, akhirnya kami tiba di tempat yang ditujui.  Aku dan Misya berjalan di setiap bahagian di dalam Jusco. Setelah penat berjalan dan membeli barang yang aku rasa perlu, kami mencari tempat untuk makan.

“Misya, mana tempat yang ko cakap nak bawa aku makan tu? Cepat lah aku dah lapar ni.” Ujarku.

“Ala..Nad, kita makan sini je la ek, aku malas la nak jalan kat luar, dah lenguh kaki aku ni ar.” Jawab Misya .

“Ah ko ni ada-ada je la. Yelah kita makan kat sini aje.”

Sebelum matahari melabuhkan cahaya, aku dan Misya sudah selamat sampai ke kolej. Penat seharian melayan kerenah si Misya ni, mengalahkan orang dah berkerja dia ber”shopping”.  Penat berjalan petang tadi belum habis lagi, entah mengapa otak aku ni asyik teringat lelaki yang bergaduh dengan teman wanita nya tadi..”Ish!!..kenapa aku fikir lelaki itu? Macam aku pernah jumpa dia sebelum ni, tapi di mana ek?”

“Misya, bangunla dah lewat ni!! Aku gerak dulu ek, pagi ni aku ada kelas Prof Rahman, mati aku kalau lewat sampai”. Ujarku kepada Misya dalam keadaan kalut. Kalau ko lewat masuk kelas jangan salahkan aku plak. Aku meninggalkn Misya yang masih berselimut itu.

Aku meneruskan perjalanan menuju ke fakulti, rasa tak cukup kaki aku berjalan. Sampai saja di tangga fakulti, aku terus berlari mendaki tangga fakulti yang agak tinggi itu. Sampai saja di lobi fakulti, Bukk!!! Habis semua buku yang aku bawa bertaburan. “ Aduh malang betul nasib aku pagi ini, sapa la yang jalan tak pakai mata ni.” Rungutku. 

“Are you Ok?” Ujar lelaki yang melanggar aku tadi. “Huh!!Lagi mau tanya ok ke tak? Tak nampak ke orang  jalan? Lain kali jalan tu tengok la kiri kanan ini tak main redah je!!” Marahku.. “Hello, excuse me, I cakap elok-elok yang u ni nak marah-marah apsal? Datang bulan ke?” balas lelaki tadi.

“Huh! Sabar Nad, sabar..salah kau juga jalan tak pandang kiri kanan” kata ku di dalam hati. Lalu aku mengutip semua buku-buku yang bertaburan tadi. Aku bangun lalu memandang sekilas lelaki yang melanggar aku tadi. “Eh!! Lelaki ini?” Soalku sendirian..”Ye cik, ada apa yang tak kena dengan muka I ni ke? Atau u nak puji I ni handsome.” Soal lelaki itu…”Ah!!Malas aku layan orang gila macam ko ni! Baik aku blah dah lewat aku nak masuk kelas.” Jawabku. Aku terus berlalu meninggalkan lelaki itu tanpa memandang ke belakang. Aku terdengar suara lelaki tadi menjerit “ Cik, kalau tak nak lewat masuk kelas datang la awal, jalan tu tengok la kiri kanan ye, jangan nak salahkan orang lain plak lepas ni, lagi satu muka tu bawa-bawa la senyum, ini tak macam tercekik buah mangga masam.” Ujar lelaki itu sambil ketawa. Aku terus berlalu tanpa membalas kata-kata lelaki tadi.

Aku bernasib baik hari ini, Prof Rahman belum masuk ke dewan kuliah lagi..Aku menarik nafas panjang..fuh! selamat..kalau tak, tak pasal-pasal aku tak boleh masuk ke dewan..Kurang asam punya mamat poyo..Siap la kau nanti.

Akhirnya habis jugak kelas Prof Rahman.  Aku berjalan menuju ke cafe, perutku sudah mula berkeroncong…Dalam perjalanan ke cafe, telefon bimbit ku berbunyi..hah!mama call..”hye mama” jawabku pantas. 

“Assalammualaikum, Nad..Dah tak reti –reti nak bagi salam?” peril mama..”Ops..sorry, ada apa mama call Nad ni? Ada hal penting ke?” tanyaku. “Aik, nak call anak sendiri pun kena bersebab ke?” Tanya mamaku pulak..

”Eh, bukan begitu la, biasa kalau mama call time malam, ni cam pelik plak, tengah hari call.” Jawabku kepada mama. “Nad busy ke minggu ni? Mama nak Nad balik rumah ye, ada tetamu istimewa nak datang, mama nak kenalkan pada Nad.” Ujar mama. “Siapa tetamu istimewa tu mama?” Tanya ku. “Ala, Nad balik la nanti mama kenalkan, eh ok lah ek, mama ada keja nak buat ni, Assalamualaikum.” ucap mama mengakhiri perbualan kami. “Waalaikumussalam.” Jawabku dalam hati. Pelik aku dengan mama ni, siapa tetamu istimewa yang dimaksudkan nya itu? Nenek ke? Pak Usu ke? Eh, istimewa ke? Selalu mama tak pernah plak cakap begitu.


 bersambung.....






31/8/2010 My Lil Prince, Afif Rayyan Anaqi

erm...arini 25hb ogos 2011 lagi 6 hari genap my lil prince "Afif" setahun. wah pejam celik pejam celik dh sthn anak mama ni...teringat thn lepas betapa susahnye nak melahirkan anak...due date lain tp anak aku kluar 31OGOS 2010, 910am.2.98 kg.

ni antara gambo yg sempat en.seben snap masa nak azankan afif:

selepas di bersihkan...
dh pandai tgk camera

ha...trus hisap jari.....
setelah 3hari aku ditahan di wad, akhirnya aku leh blk umah...masa nk discharge, afif plak xboleh kluar..aduh...afif kene kuning...

nampak tembam sikit
tdo je

ha tgk mata dia....

selepas usia afif seminggu n pada hari raya aidilfitri, en.seben bawa aku dan afif blk berpantang di kedah..hehhe..atas permintaan aku ler, nak mak aku jaga.,,,hehhe...

rambut b4 cukur...
taraaa..fung sai yuk!!











 3bulan pertama nak jaga c afif ni sabor je la,..hanya Tuhan yang tahu..dia kuat menyusu, setiap 2jam ngis menjerit2 macam kena cubit. fuh!!!tersengtap mama..tp aku puji sikap en.seben yg pandai jaga anak.walaupun pada hakikatnya, en.seben xpnh pegang budak kecik, bile ada ank sendiri dia yang byk membantu..10 star aku bagi kt en.seben.


Alhamdullilah, sape sangka sepatutnya aku bersalin sebelum merdeka, akhirnya aku dapat anak merdeka. Tahun ni mama meriahla bagi aku ngn en.seben, bukannya apa,31 Ogos jatuh pada hari raya. so afif akan celebrate Merdeka!, Hari raya dan juga hari jadi yang pertama.

So time to plan for ur birthday my lil prince...hheheh...ops..besday afif terpaksa aku postpone semggu pas raya,,,hehheh























 















                  

Tanggal 17/8/2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H

17/8/2011 = 17 Ramadhan 1432H
tarikh ini menjadi tarikh peringatan wt aku, family dan sanak saudara. di mana 17 Ramadhan adalah Nuzul Quran..

PENGERTIAN NUZUL QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.

Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.

tepat jam 12.30pagi 17/8/2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H, aku menerima panggilan dari adik menyatakan bapak sedara aku "Pak Chaq" telah kembali ke rahmahtullah..Semoga Roh nya di cucuri rahmat...aminn...
last aku jmpa arwah masa kenduri sepupu aku bertunang. arwah xde sakit apa cuma malam tu arwak sesak nafas..menurut citer mak, arwah macm dh tahu akan dijemput..banyak "petunjuk" yg diberikan..tapi betullah kata org lepas c mati meninggal kn kita, baru kita yg hidup ni perasan setiap petanda yg diberikan...

Ya Allah, engkau maha pemurah lagi pengasihani...Kau tempatkan lah arwah Abdul Ghani di tempat orang yang beriman....




~~SELAMAT HARI RAYA~~

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan


RAYA akan tiba!!!OH No....cepat nya masa berlalu..dh masuk hari ke 23 umat Islam berpuasa..semua org dh semangat top up apa yg kurang...ada yg beli baju, kuih., kerepek, langsir sume la..tapi AKU????uwaaaaa...
aku sedih bukan nya apa..tahun ni aku akan beraya di perantauan..huhu..aku raya Johor...erm..nak buat cm ne dh 2x berturut-turut beraya gi GURUN, Kedah..so thn ni "no excuse"...thn lepas leh excuse cuz aku dalam pantang...sedih..sedih..sedih...

tambah sekarang DJ radio asyik putarkan lagu raya...mak...nak balik raya...hish!!apa aku ni..dh jadi mama pn still nak manja ngn mak..tp apa nak buat..dh memang aku anak mak!!

kalau dengar lagu ni lagi lah aku nak nangis....Ku Pohon Restu Ayah Bonda:

Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata…

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

huhuhu..bersabarlah wahai hatiku...jangan menangis...rasanya pagi raya call mak aku kompem banjir johor!!!

p/s: tu la sape suh suka tgk drama KUTUB UTARA KUTUB SELATAN..lakonan Hans Isacc  ngn Emylia Rosnaida & Nasha Aziz..ha!!Hamek kau..skrg kene kt aku..uwaaaaaa....

selamat hari raya
banjir la aku nnt,,,