Buscar

Selamat Tinggal Kenangan...

Mac 1999

Sejak mengenali dunia “chatting”, aku selalu menghabiskan masa dengan “dunia” baruku. Setiap petang, setelah selesai aku mengulangkaji pelajaran, aku akan bersama “Afiq”,teman alam mayaku. Boleh dikatakan setiap petang kami akan ber “chatting”. Topic harian aku dan dia lebih kepada pelajaran dan kehidupan harian. Afiq banyak memberi aku semangat dan kata-kata perangsang untuk berjaya.Masih ku ingat lagi, ketika itu aku baru berusia 16 tahun, sedangkan Afiq setahun berbeza dariku.

Jam menunjukkan 5 petang, sama ada aku atau Afiq yang akan memulakan perbicaraan dulu.

“Assalammualaikum, awak sihat ke arini?, apa yang awak study tadi?” soalnya padaku.

“Waalaikumsalam, saya sihat selalu, hehhe…Saya baru je abis wat latihan maths..Erm, subjek yang paling saya suka, saya harap SPM nanti saya akan dapat yang terbaik! Awak plak study ape tadi? SPM tak lama lagi kan?” Tanyaku.

“Saya baru selesai study sejarah. Ish, risau plak memikirkan SPM yang semakin dekat. Saya takut tak dapat menjejakkan kaki ke Universiti, itu cita-cita saya sejak dulu lagi..” Jawab Afiq dengan penuh semangat.”

Wah!! Semangat nya awak, saya pun bercita-cita nak masuk universiti. Saya nak jadi macam kakak saya, berjaya sampai ke luar negara”. Azam ku dengan semangat membara.

”Insyaallah, cita-cita kita akan tercapai.” Eh! Macam berjanji plak kuar ayat yang sama. Aku tersenyum sendirian.

Dari sehari ke sehari, aku mula merasakan perkenalan kami menjadi semakin rapat. Dari hanya ber “chatting”, kami juga sering berbual di telefon. Setelah 4 bulan perkenalan, Afiq menyatakan hasrat untuk bertemu denganku. Aku bersetuju dan kami berjanji untuk berjumpa di Shopping Complex yang dekat dengan rumahku. Selepas pertemuan itu, boleh dikatakan setiap hari Afiq akan menghubungiku. Paling aku tabik spring, setiap kali masuk waktu solat, dia akan menghubungiku untuk bertanya sudah solat ke belum, kalau aku memberi jawapan belum, dia akan memastikan aku bersolat dahulu dan menghubungi ku semula selepas itu. Almaklumlah aku ni agak liat nak menunaikan kewajipan. Afiq dapat membaca sikapku. Rutin harian ku sekarang, berubah semuanya, dari aku liat menunaikan solat, aku menjadi lebih baik dari sebelumya, dari aku malas melakukan kerja rumah, aku berubah menjadi seorang yang rajin..Semuanya kerana “AFIQ”.

Aku tidak sedar sejak bila aku mula meminati Afiq. Tapi bagaimana dengan nya? Adakan dia punya rasa yang sama? Takkan aku nak bertanya? Lagipun aku dengan dia masih bergelar pelajar? Boleh ke hubungan seorang teman bertukar menjadi kekasih? Ah!!! Malas aku memikirkan, biar masa menentukan segalanya….

Satu malam aku mendapat panggilan dari Afiq.

“Hye awak, sihat ke? Tengah wat apa? Rindu saya tak?” Tergamam aku seketika dengan pertanyaan Afiq.

“Saya sihat, baru lepas kemas bilik”. Jawab ku.Pertanyaan yang akhir abaikan.

”Kenapa awak tak menjawab pertanyaan saya yang akhir tu?” Soal dia bersahaja.

Aku membiarkan saja pertanyaannya tadi. “ Ada apa awak call saya ni? Rasanya petang tadi baru je kita berbual.” Soalku kembali..

“Saya rindu awak”. Jawab Afiq memecah kesunyian. “Awak, saya ada benda nak bagitau awak, dah lama saya pendam. Saya rasa, awak perlu tahu.” Apa maksud Afiq? Dia hendak memutuskan persahabatan ke? Kelu lidah aku untuk bertanya. “Awak, kenapa awak diam? Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”. Soal nya lagi..

“Eh! De..de..dengar.. Apa yang awak nak cakap kan?” Tergagap aku menjawab.

“Begini…Awak, SPM dah dekat, saya tak boleh menghubungi awak selalu, saya perlu tumpukan pada peperiksaan yang akan tiba kelak. Saya harap awak faham”. Terang Afiq padaku.

“Oh…itu ke yang awak nak cakapkan dari awal tadi? Awak, saya faham keadaan awak. Tak perlulah risau, saya doakan awak buat yang terbaik dan dapat keputusan SPM yang cemerlang. Caiyok! Caiyok!” Jawabku…

“Tapi awak”…Ayat Afiq terhenti di situ...”Eh! Pelik je bunyi nye? Apa yang Afiq fikirkan”… Soalku di dalam hati..”Saya sayang awak, saya tak sanggup kehilangan awak.” Dah lama saya nk luahkan tapi saya takut awak hanya mengaggap saya hanya kawan biasa.” Terangnya lagi.

Terpaku aku mendengar luahkan Afiq. Tak ku sangka Afiq meluahkan isi hati nya.

“Awak, jangan la diam begini, awak buat saya rasa bersalah. Maafkan saya sebab merobohkan benteng persahabatan kita. Saya sangat menyayangi awak, sayang saya lebih dari seorang sahabat. Saya harap awak juga rasa apa yang saya rasa.” Luah Afiq.

Air mataku merembes keluar. Aku terkedu dengan luahan hati Afiq. Selama ini, aku ingat hanya aku yang memendam perasaan, rupanya Afiq juga merasai apa yang aku rasa. Syukur Ya Allah...

“Awak, saya harap awak akan setia, jangan tinggal solat, study rajin-rajin, ingat saya selalu. Hehehe…Nanti dah habis exam, saya akan hubungi awak, jaga diri awak baik-baik ye.” Hampir sejam meluahkan perasaan, Afiq akhiri perbualan malam itu dengan nasihat-nasihatnya yang panjang lebar. Dulu dia pakar motivasi aku, bagi nasihat dalam pelajaran, sejam yang lepas, Afiq naik pangkat menjadi “pakar cinta” ku pulak…Hehehe..Tersenyum lebar aku bila mengenangkan perasaan yang tersimpan selama ini.

Seperti yang dijanjikan, Afiq mengotakan janji nya dengan menghubungi aku setelah tamat peperiksaan. Sementara menunggu keputusan keluar, Afiq bekerja di kedai buku. Walaupun bekerja, dia masih ada masa untuk menghubungiku dan berjumpa dengan ku setiap hujung minggu. Aku pulak sedang bertungkus lumus belajar memandangkan tahun ini aku akan menduduki SPM pulak. Afiq lah yang menjadi cikgu mengajar aku setiap kali kami berjumpa.

Mac 2000,

Pejam celik –pejam celik, keputusan SPM telah diumumkan, dan Afiq sangat gembira kerana keputusan yang cemerlang. Paling yang membuat dia lebih gembira apabila dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UITM Shah Alam dalam jurusan Senibina.

Aku juga berazam untuk berjaya seperti Afiq. Walaupun Afiq jauh dimata, dia tidak pernah lupa menghubungiku menceritakan aktiviti harian nya. Kadang-kadang dia merungut dengan assignment-assignment yang perlu disiapkan. Aku juga tidak sabar untuk menjejak kaki di Universiti sepertinya. Setiap kali dia menceritakan kehidupan di kampus, aku pulak yang terlebih gembira. Ops!! Terlebih sudah..Hehhe..

Semester kedua bermula dan Afiq semakin jarang menghubungiku. Aku tidak kisah kerana memahami dirinya yang semakin sibuk dengan tugasan yang diberikan. Aku juga sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan SPM akan tiba lagi sebulan. Debaran semakin terasa, tapi aku perlu berfikiran positif. Untuk menghilangkan perasaan gementar untuk menghadapi peperiksaan esok, aku mendengar radio untuk menghilangkan rasa gementar itu sambil terkenangkan kemana hilangnya Afiq.

Sudah lama Afiq tidak menghubungiku, mungkin dia tak mahu mengganggu aku mengulangkaji pelajaran. Aku bakal menghadapi SPM pada keesokkan hari. Kertas pertama yang akan ku duduki ialah Bahasa Malaysia. Dan pada malam itu, Afiq mengubungiku.

“Assalamualaikum, hye awak sihat? Soal Afiq padaku, tapi pertanyaan dia agak pelik padaku kerana cara pertanyaan tidak semesra dahulu. Aku tetap gembira kerana Afiq menghubungiku. Mungkin dia hendak bagi aku semangat untuk peperiksaan esok. Sebelum mengakhiri perbualan kami, Afiq telah memberitahuku sesuatu sehingga membuatkan aku rasa nak pitam.

“Awak, sebelum saya letak fon ni, saya nak minta maaf bebanyak kat awak sebab lepas ni saya harap antara kita hanya tinggal sejarah.” Ucapnya tanpa rasa sedikit pun bersalah. “Sebenarnya, saya dah jumpa seseorang yang selalu bersama saya setiap masa kat kampus ni. Saya memerlukan seseorang yang sentiasa disamping saya setiap masa. Awak jauh di sana, lagipun awak masih belajar, saya rasa kita tidak serasi memandangkan saya seorang mahasiswa universiti sedangkan awak hanya budak sekolah yang belum tentu dapat bertapak di menara gading.” Terangnya lagi, kali ini begitu tajam bahasa yang diucapkan.

“Ya Allah! Dugaan apakah yang kau berikan kepadaku? Macam mana aku nak menghadapi dugaan ini?? Mengapakah aku diuji sebegini rupa? Esok aku akan menduduki peperiksaan. Bolehkah aku melalui semua itu?” Soalku di dalam hati… Sebelum aku mengakhiri perbualan ku dengan dia, aku sempat melontarkan kata-kata ini. “Terima kasih kepada awak yang sudi mengajar saya dalam pelajaran, terima kasih kerana sudi melukakan hati saya, terima kasih kerana sudi menghancurkan hidup saya, terima kasih kerana memberi harapan palsu dan terima kasih atas hadiah sempena peperiksaan saya esok, terima kasih segalanya.”…Terus aku meletak ganggang telefon.

Secara tidak langsung dendangan Kopratasa berkumandang di radio.

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Mei 2001,

Aku akhirnya bergelar seorang mahasiswi di UiTM cawangan dalam jurusan Perancangan Bandar & Wilayah. Aku bersyukur kepada Mu, Ya Allah..Kerana Engkau memberi ketabahan kepadaku menghadapi dugaan ini. Perjalanan hidup sebagai mahasiswi kampus, aku lalui dengan semangat yang baru, dengan harapan yang baru. Aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi.

Sebulan aku diterima belajar di kampus, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari nombor yang tak ku kenali. “ Assalammualaikum, siapa di sana?” Aku memulakan bicara.

“Eh...Eh...Waa..laikumsalam.” Jawab si pemangil tadi.

“Ye, boleh saya tahu siapa ni? Nak bercakap dengan siapa ye?” Soal ku lagi.

Si pemanggil tadi diam membisu. Pelik ku rasa telefon tapi tidak mahu bercakap. “Erm, kalau tak ada apa-apa yang di cakap saya akhiri perbualan ni ye.” Ugutku pada si pemanggil.

“Zurin…Ni saya, Afiq. Awak tak ingat saya lagi?” Soalnya padaku.

Tergamam aku tika ini, aku tidak menyangka orang yang hampir musnahkan masa depanku saat aku menghadapi peperiksaan SPM berani menelefonku. “Ye, ada apa yang boleh saya tolong awak? Awak nak minta nasihat ke? Saya bukan “pakar cinta!! ” Balasku selamber…

“Awak marahkan saya lagi? Saya minta maaf, saya tak tahu masa saya minta putus aritu awak akan menduduki peperiksaan, kalau saya tahu, saya takkan cakap begitu. Saya takkan hancurkan hati awak masa tu. Maafkan saya, saya betul-betul bersalah. Saya yang bodoh, saya lupa bila saya berada di menara gading. Saya lupa janji saya, saya lupa dengan keseronokkan sementara. Saya biarkan awak terluka, saya hancur hati awak, saya hina awak, saya bezakan taraf pembelajaran kita. Maafkan saya awak, saya menyesal. Dah lama saya nak hubungi awak, tapi masa tu takde kekuatan dalam diri saya ini.” Ujarnya dengan nada sedih.

“Saya dah maafkan awak.” Jawabku bersahaja. Itu je jawapan yang aku rasa paling tepat.

“Awak, tahniah kerana bergelar mahasiswa. Tak sangka awak pun dapat masuk universiti dan kita di dalam fakulti yang sama. Memang jodoh kita telah tertulis.” Kata Afiq dengan nada gembira.

Bagiku apa yang dikatakan oleh Afiq hanya ibarat air mencurah ke daun keladi. “Oh! Kenapa? Awak ingat budak sekolah seperti saya tidak layak menjejak kaki di kampus begini?” Bidasku kembali dengan nada sinis.

“Saya tak bermaksud begitu. Saya tumpang gembira dengan kejayaan awak. Awak, saya nak kita sambung semula perhubungan kita yang terputus dahulu. Please awak…Please kita bina semula hubungan yang terputus dulu. Saya sayang awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya rindukan awak. Cukuplah apa yang dah terjadi dulu. Jiwa saya terseksa. Awak… Apa kata awak minta tukar kampus, lagipun kita satu fakulti senang untuk kita berjumpa nanti. Awak sentiasa ada di mata saya.” Terang Afiq dengan begitu yakin sekali.

“Erm…Terima kasih atas pelawaan awak itu. Saya rasa kampus ni dah cukup bahagia buat saya walaupun di cawangan. Saya tak nak masa depan saya musnah dengan hubungan yang belum tentu membahagiakan saya kelak. Saya nak tumpukan pelajaran pada pelajaran, lagipun saya tak setaraf dengan awak. Dan satu lagi, saya harap awak tak ganggu saya lagi. Saya nak teruskan perjalanan hidup saya dengan berjaya dalam pelajaran. Andai satu hari nanti jika jodoh saya ada, saya harapkan orang itu tidak melukai saya atau menghina saya. Saya harap awak mengerti apa yang saya terangkan. Satu je saya pohon, jangan sesekali awak melukakan hati perempuan, ingatlah! Sekali saya terluka, saya tak akan pandang ke belakang.” Ujar ku dengan panjang lebar.

“Please awak, jangan tinggalkan saya. Saya tak sanggup kehilangan awak. Berilah peluang sekali lagi kepada saya. Saya benar-benar menyesal. Perempuan itu dah tinggalkan saya. Dia tipu saya. Awak, saya betul-betul menyesal. Kalau saya tak ikut jiwa remaja saya dulu, mesti kita tak kan jadi begini. Please awak, kita mulakan semula. Insyaallah, lepas habis belajar kita bertunang. Kita mulakan hidup baru, kali ini saya janji saya takkan sakiti awak lagi…” Ujarnya lagi kali ini bersungguh-sungguh dan untuk lebih menyakinkan aku, dia menyanyikan lagu Kopratasa “Masihkah Kau Ingat”.

Air mataku merembes keluar tanpa dipaksa. Sudah lama rasanya aku tidak menangis begini..Sudah lama aku tidak melayan perasaan sedih ini. Sudah lama aku tidak mendengar lagu ini di radio kerana setiap kali lagu ini berkumandang di corong radio, aku akan cepat-cepat tutup. Tapi saat ini, tak ku sangka, dia nyanyikan lagu itu buat ku.

“Awak, please faham keadaan saya sekarang. Saya perlukan kehidupan baru saya. Saya tak nak kecundang. Awak ingat tak, saya pernah cakap yang saya nak berjaya seperti kakak saya. Saya harap awak mengerti. Tolong jangan hubungi saya lagi. Anggaplah awak tak pernah mengenali Zurin Amani sebelum ini. “ Ujarku lalu menekan butang merah. Walaupun pedih hati aku meluahkannya, aku terpaksa mengucapkan kata-kata itu juga. “ Maafkan aku, Afiq, semua yang ku lakukan ini adalah demi masa depanku.Selamat tinggal kenangan.” Ujarku di dalam hati.


p/s: nama dlm citer ni hanyalan rekaan semata2, tiada kene mengena dgn yg hdp mahupn yg telah tiada...hahhahaha

0 comments: