17/8/2011 = 17 Ramadhan 1432H
tarikh ini menjadi tarikh peringatan wt aku, family dan sanak saudara. di mana 17 Ramadhan adalah Nuzul Quran..
PENGERTIAN NUZUL QURAN
Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3) Dan banyak lagi ayat-ayat lain.
tepat jam 12.30pagi 17/8/2011 bersamaan 17 Ramadhan 1432H, aku menerima panggilan dari adik menyatakan bapak sedara aku "Pak Chaq" telah kembali ke rahmahtullah..Semoga Roh nya di cucuri rahmat...aminn...
last aku jmpa arwah masa kenduri sepupu aku bertunang. arwah xde sakit apa cuma malam tu arwak sesak nafas..menurut citer mak, arwah macm dh tahu akan dijemput..banyak "petunjuk" yg diberikan..tapi betullah kata org lepas c mati meninggal kn kita, baru kita yg hidup ni perasan setiap petanda yg diberikan...
Ya Allah, engkau maha pemurah lagi pengasihani...Kau tempatkan lah arwah Abdul Ghani di tempat orang yang beriman....
0 comments:
Post a Comment